Wednesday, 18 April 2012

BERITA FASHION

SEMBANG-SEMBANG FASHION WITH ANIS ZULKIFLEE
Assalamualaikum and hi humans on Earth!

Today Anis nak share with u guys about style yang Anis minat dan tahu,so taknak leret panjang-panjang. Lets read and look for my favourite types of style!


1. NEON IN STYLE! (nuansa neon)
Nuansa merupakan warna dan neon pula ialah menggunakan warna-warna yang terang. Kita especially sedang remaja ini digalakkan menggunakan colour yang terang (bold colour) supaya nampak lebih menyerlah dan menarik. Jangan sesekali takut untuk mencuba dan bergaya. Apa yang penting,kita kena ada keberanian dan keyakinan dalam diri, ignore what people said about us,yang pasti itu style yang kita minat kan? Lebih terang,lebih baik! kalau tak berani, cuba tas tangan,rantai,kasut yang lebih terang.

2.70'S FASHION AND 70'S STYLE
70's fashion and style can actually look like modern than ever before. thats why i love retro or vintage fashion more than new trend. Unique,classy. and couldnt say much...i love them.70's fashion began with a continuation of the mini skirts,bell bottoms and hippie looks. Wide-legged,flared jeans and trousers!
 


yunazarai<3

3.PLAID STYLE
Plaid style? plaid bermakna kekotak, chekshirts yang kita slalu panggil 'chekers' :) Plaid style are popular choice as far as our everyday attire is concerned. Gaya yang cukup popular era 70-an ini datang balik. Corak ini tak pernah lapuk dek gaya kan? Sama ada kotak besar atau kecil,terang atau malap,gaya tetap kekal. Sangat setuju!Go casual in checkshirts!


4.TREND CAMEL
Camel trend seperti rona perang,trofi,merah senduduk dan coklat kekacang. Trend camel ini menjadi fenomena ketika ini kerana memang sekarang ini para remaja suka memilih colour seperti ini.lebih kurang kuning campur brown sedikit dan  coklat cair. No surprise to anyone that has been following fashion, the color Camel was all over the Fall runways.  A classic from the 50′s and 70′s, Camel is this Fall’s new Black. The perfect accompaniment to any palette, Camel can be worn with everything from neutrals to brights and icy colors.  With the return to Minimalism and Classicism, it is no surprise that camel is making its comeback

5.KARISMA SKIRT
Tiada yang lagi feminin berbanding skirt kembang. Musim ini meriah dengan lingkaran siluet dan berlisu. Gaya ini hebat! kalau you all nak tahu and bagi dah tahu,skirt ada beberapa jenis. Ini jenis-jenis nya (:
The pencil


The bubble
The tulip
The mini
The A-Line
 6.TREND ZEBRA
Zebra? Stripes la apa lagi kan..Gayakan kemeja berjalur anda dengan celana denim boot-cut atau lurus dan tas tangan yang santai. Jika ingin nampak lebih formal atau separuh kasual,gayakan bersama celana putih,biru atau kuning air :) Gaya kemeja T bercorak jalur takkan pernah nampak canggung. Corak tegak dan melintang,hitam dan putih atau berjalur terang menyerlahkan lagi rekaan ini. simple and gorgeous!

Hana Tajima <3
  
7.FLORAL TREND
Spring 2012 trend alert : Floral Prints :) Everything's coming up with roses,daffodils,orchids and daisies. Sesetengah orang mesti suka corak flora yang kecil-kecil kan? but Anis lebih suka corak yang sederhana besar supaya lebih nampak menarik bunga dan pakaian kita seperti dijual di Top Shop :) but ikut cita rasa sendiri :) flora kecil-kecil juga manis digayakan dan jangan lupa pilih warna terang ok?

Aishah Amin <3
 8.DENIM FEVER
Denim? Korang semua mesti sure setiap orang ada denim kan. contohnya,seluar jeans korang.Denim is so integral to today's fashion industry that difficult to imagine it getting any bigger. But it is. In fact,denim looks set to become an in. Suntikan denim menyerlahkan gaya overalls,ada pada gaun,celana pendek,skirts dan etc.
  
 9.CLASSIC TREND
Gaun hitam ringkas mesti nampak lebih menarik dengan aksesori pencetus 'fashion statement'. Biasanya sesuai jika ingin ke pesta atau makan malam di hotel dan majlis rasmi. Suntik elemen warna pada waktu siang dan serlahkan dengan aksesori begermelapan pada waktu malam. Anda mesti nampak lebih menawan :)

Amy smart,Emma Roberts,Taylor Swift <3

  10. GIRL MEETS BOY FASHION
Wah macam menarik, lain dari lain kan? Girl meets boy maknanya kita pinjam style lelaki dan gaya ilham lelaki diteguhkan di sini. Jangan lupa gayakan dengan aksesori ANDROGINI seperti but paras lutut dan etc. contoh style nya macam style FAZURA di ABPH cantik kan? :) sopan dan smart!
FAZURA<3
 
 11.DASI
Dasi? apa tu? dasi tu menurut Asosiasi Aksesori Leher Amerika, punya sejarah panjang yang melilit perkembangannya. Padankan dengan helaian kasual atau ketika bersantai dengan celana denim :) bukan boys je boleh gayakan ok? girls pun! lets try :)




12.BEG TOTE
A tote bag is large and open bag with a handle centred atop each aside. Selesa dan pelbagai fungsi,beg ini mewah warna dan disuntik elemen retro. Sesuai digayakan dari malam hingga ke pagi.

DINA TOKIO<3

13.TREND OF THE WEEK : CITRUS COLORS!
Ok kalau tadi Anis dah cerita about neon colour (warna terang) now Anis nak cerita about citrus colour yang kian jadi trend. Tiada warna seceria rangkaian nuansa sitrus. Daripada kuning limau ke lemon hingga ke jingga hemoglobin,tampil berani dengan menggabungkan rona bertentangan. Gaya mesti nampak lebih fresh!



14. FASHION FUCHSIA
FAVOURITE COLOUR!! Fuchsia sangat la cantik,gorgeous,wow colour! Fuchsia is a vivid reddish or pinkish purple colour named after the flower of the fuchsia plant. see this! <33

BROOKE SHIELDS<3


THE END. ok habis dah,Thats all from Anis Zulkiflee. Harap-harap my post ni dapat la membantu kita semua dalam mengetahui lebih dalam lagi about fashion so that kita sama-sama cantik comey lote :) Stay tuned ok,read for mynext post! bye bye.xx Assalamualaikum<33

quotes for today : the difference between style and fashion is quality.

Thursday, 12 April 2012

alamak perutku buncit?

PERUT BUNCIT?

Perut buncit? siapa yang pernah alami atau sedang alami masalah ini? Saya memang pernah dan sedang alami masalah ini. Perut buncit akan menyebabkan kita especially women akan merasa kurang berkeyakinan untuk berfesyen,pakai baju yang fit sedikit akan nampak benjolan comel di bahagian perut tu kan? so today Anis nak share about punca perut buncit dan bagaimana nak atasi perut buncit itu? so practise makes perfect! jom kita try cara ini nak,insyaAllah,istiqamah dalam melakukan nya akan menjadi,let's try people!

Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup. Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya. Tips berikut sangat sesuai bagi sesiapa yg merasakan dirinya boroi! Tak perlu beli ubat-ubatan atau pegi sesi kempiskan perut. Amalkan tips-tips di bawah dan anda boleh jimatkan duit anda. Kesannya mungkin perlahan tetapi ia memang berkesan.

TIPS ELAK PERUT BUNCIT!

1.MINUM BANYAK AIR
Eh,minum banyak air bukan lagi buncit ke?salah sayang,Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh. Air juga membantu mengeluarkan toksin dalam badan secara efektif. Kurang pengambilan air menyebabkan perut menggelembung kerana sistem badan cuba untuk menyahtoksinkan badan daripada sumber lain. jadi kita kena minum air! 8 gelas sehari.
 
2.MAKAN PERLAHAN-LAHAN 
 Jika anda makan dengan gelojoh, udara yang tertahan dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut membuncit. Selain itu, makanan yang tidak terkunyah tidak dapat dicerna sepenuhnya yang juga mampu menghasilkan gas tersebut.so makan dengan slow and steady :)

3.BERSENAM
Malasnya nak bersenam. tapi nak buat macam mana kan, nak cantik kan? nak tak? Tidak dinafikan bahawa bersenam mampu menggerakkan medium dalam perut yang menyebabkan perut membuncit dengan menyalurkannya keluar melalui aliran darah dan seterusnya dikumuhkan melalui peluh dan sistem perkumuhan kita sebagai urine. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.
 

4.PENGAMBILAN YOGURT
Kebanyakan individu tahu bahawa yogurt adalah makanan yang sangat sihat kerana ia kaya dengan kalsium, tetapi tidak ramai yang tahu ia juga sangat membantu dalam mengurangkan berat badan dan membakar lemak di bahagian perut.yogurt juga mempunyai kandungan lemak yang rendah. Makan yogurt ye semua especially sarapan pagi :) example yogurt : Marigold,Dutchlady,Tutti fruti. Suka la tu :)

5.PENGAMBILAN TEH HIJAU DAN TEH PUTIH
Seterusnya, amalkan pengambilan teh terutamanya teh hijau dan teh putih kerana ia mengandungi kandungan katekin yang tinggi. Katekin adalah sejenis antioksidan yang mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan berkarbohidrat. Minum teh sebelum melakukan senaman dapat meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan proses pembakaran lemak. Teh putih dan hijau ini juga mengandungi kafein yang tinggi berbanding tea yang lain. Teh putih ini biasa boleh dapat di Indonesia, tapi green tea ni ada kan di Malaysia? amalkan jom?

 6.LAKUKAN KERJA RUMAH
Ala..bab ni memang malas,patutla bunbun mytummy. Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda. so you all lepas ni tak boleh harapkan mama and maid je k? me too! nanti kita perut buncit.

 7.IKAN MERAH
Makanan seterusnya adalah sejenis ikan yang diberi nama Ikan Merah. Ikan laut ini merupakan sumber yang baik untuk mengurangkan lemak di bahagian perut. Ini kerana ia mempunyai sejenis protein lambat-pencernaan, kalsium yang menyumbangkan kepada penurunan berat badan dan lemak omega 3. Selain itu, ia juga membantu untuk mengawal stress supaya individu yang mengamalkan pengambilan ikan ini dalam diet harian akan berasa tenang dan memperoleh wajah yang awet muda. Di Malaysia, khususnya di restoran mamak, masakan ikan merah lebih dikenali sebagai kari kepala ikan.

8.AMALAN POSISI KETIKA DUDUK
 Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.Jom lepasni semua duduk dengan baik dan tepat!

9.SAY NO TO ALCOHOL
Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi.Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.

10.KACANG ALMOND
 Sebuah kajian yang dilaksanakan di Universiti Purdue mengenalpasti bahawa individu yang memakan kacang almond berasa kenyang lebih lama daripada individu yang memakan nasi ataupun kek. Amalkan makan tidak lebih daripada 24 biji kacang almond sehari untuk memuaskan rasa lapar tanpa mendapat kalori yang berlebihan. Elakkan kacang almond yang telah diproses dan mempunyai garam tambahan kerana garam yang berlebihan akan meningkatkan tekanan darah. so we must take pure almond and I love almond so much!

11.PENGAMBILAN SERAT
Pengambilan serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu  mengimbangi proses penghasilan air dalam badan supaya stabil. Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

12.SAYURAN HIJAU
Sayuran hijau seperti bayam dan brokoli bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral, tetapi ia juga boleh membantu untuk membakar lemak di perut. Ini kerana bayam dan brokoli turut mempunyai fiber dan sedikit kalori. Sebelum menjamah makanan tengahari, makan sedikit salad daripada bayam atau brokoli supaya perut berasa akan terasa kenyang. Oleh itu, kuantiti yang dimakan untuk hidangan tengahari akan dapat dikurangkan. Sayur bayam juga elok dimasak rebus atau air,agar khasiat nutrien nya tak hilang :) Brokoli best kalau makan fresh gitu je.

13.TELUR AYAM
Antara makanan lain yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membakar lemak adalah telur ayam. Ini kerana telur ayam mengandungi vitamin B12 yang diperlukan dalam proses metabolisme. Telur ayam yang digoreng atau direbus sesuai dimakan untuk sarapan pagi tetapi perlu berhati-hati kerana ia juga berupaya meningkatkan kandungan kolestrol di dalam badan.sp no prob la kita semua makan telur ayam kan? tapi be careful jangan terlalu banyak ambilnya,ok?


 * petua tradisional pun ada juga anis ikut untuk kempiskan perut yang comel ini, ni petua nya :
 bancuh segelas air teh tanpa gula pastu perah limau nipis dan minum. Amalkan nya selalu ok? :) mudah kan? jimat pun ye. Elakkan makanan yang banyak garam,bergoreng dan minuman bergas.

I think thats all for now :) Thanks for reading this tips,and please follow insyaAllah sama-sama perut kita kempis dan sihat. Harap-harap lagi 3minggu jadila perutku macamni :) Insy,Amin. Bye and Assalamualaikum humans on Earth.stay tuned!